mcmc
Keselamatan

Info Keselamatan : Tindakan Selepas Banjir

Info Keselamatan Tindakan Selepas Banjir

???????? ??????? ??????

Penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia diminta untuk mengikuti panduan dan tindakan selepas banjir seperti yang disarankan oleh KKM.

Ambil tahu bahawa ketika banjir melanda, penyakit bawaan air (Water-Borne Disease) adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Jika air melimpah sehingga ke dalam rumah, adalah disarankan untuk anda membuang semua makanan di dalam peti sejuk kerana dikhuatiri makanan tersebut telahpun tercemar.

Jika anda mengalami sakit seperti cirit birit, demam atau muntah, anda digalakkan merujuk terus dengan pegawai perubatan di klinik berhampiran.