Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Telok Panglima Garang
NADI TELOK PANGLIMA GARANG
Kg. Telok Panglima Garang , Banting Selangor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal NADI kami. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulunya dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK/CBC) adalah bertujuan untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang tiada perkhidmatan di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Ia bertujuan untuk MERAPATKAN JURANG DIGITAL dalam kalangan komuniti setempat. Semakin banyak NADI telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap NADI yang telah ditubuhkan mempunyai peralatan ICT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti desa menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI telah menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan inisiatif Negara untuk menyambungkan perbezaan diantara komuniti desa dan bandar, sebaris dengan objektif yang digariskan di dalam Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar dan Teknologi Peta Jalan MyICMS 886.
OBJEKTIF PENUBUHAN :
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Telok Panglima Garang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
– Pengenalan asas komputer
– Asas internet
– Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
– Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
– Latihan keusahawanan
KENALI PETUGAS PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) :
Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
PENGURUS
NAMA : SITI MUNIRAH BINTI ABD HAMID
MULA BERTUGAS : 01 FEBRUARI 2015
PENOLONG PENGURUS
NAMA : NURSHUHADA BINTI ISMAIL
MULA BERTUGAS : 19 MAC 2022
RAKAN DIGITAL
NAMA : AZYAN HAMIMI BINTI MD RAZIP HAN
MULA BERTUGAS : 20 NOVEMBER 2023
“BERSAMA KITA BIJAK ICT DI NADI KAMPUNG TELOK PANGLIMA GARANG“